Wangian dan wanita adalah sesuatu yang sukar dipisahkan.

Menambahkan keyakinan dan menyerlahkan personaliti adalah ciri-ciri penting dalam mencari wangian. Oleh kerana itu AVON telah melancarkan haruman terbarunya, Viva La Vita.

Viva La Vita wangian terbaru Avon

“Haruman Viva La Vita EDP mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap yang mengembirakan anda, dan perasaanmu saat menikmati setiap detik indah hidup. Sentuhan bungaan dan buah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masakini’, menurut Kasia Ostrowska, Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia.

Akan berada di pasaran Oktober ini, Viva La Vita dijual pada harga RM95.00 SM / RM109.30 SS.

Nelydia Senrose Wajah Baru Wangian AVON

Turut diperkenalkan pada majlis yang sama adalah wajah baru wangian AVON, Nelydia Senrose.

Pemilihan Nelydia yang ayu dan jelita ini bertepatan dengan sifatnya yang optimis melambangkan aspirasi Viva La Vita.

Dapatkan haruman Viva La Vita ini di www.avon.my atau pada wakil Avon yang terdekat dengan anda.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari