KUALA LUMPUR, 26 Mac – Juara Gegar Vaganza 3, Azharina Azhar mengegar Hard Rock Cafe petang ini dengan persembahan cukup bertenaga dan mantap.

Azharina yang sangat beremangat dan teruja juga mannyatakan betapa bertuahnya dia kerana berpeluang menyanyi dipentas yang biasanya dikhaskan untuk penyanyi gred A.

Azarina Azhar, 32, menyampaikan lebih 10 buah lagu dalam persembahan yang memakan masa lebih 2 jam.

Dimulakan dengan lagu Penasaran, antara lagu lain yang disampaikan ialah Seandainya, Kejoraku Bersatu (Search), Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla) dan single terbaharunya berjudul Seribu Cinta.

Bersambung selepas rehat Azharina membawa lagu Rawan, Hotel California (Eagles), Sekian Terima Kasih dan Elegi Sepi sebagai lagu penutup.

Turut hadir memberi sokongan ialah rakan-rakan artis dari GV3 seperti Elly Mazlein, Zur Eda, Razis Ismail selain turut kelihatan ialah penyanyi Haleeda, Sahri dan Faradhiya.

Persembahan beliau diringi pemuzik dari Patriot Band dan sebelum itu artis undangan seperti Kris Patt, Maisara Ukulele, Wali dan Calvin Clarks telah membuat persembahan pembukaan.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini