PETALING JAYA, 24 Mac – Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia di Subang Jaya di sini awal pagi Jumaat.

Berita disahkan oleh anaknya melalui pesanan ringkas kepada F8Buzz. Menurut Mohd Syakir Alif, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham merupakan seorang komposer sejak tahun 80-an banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Kampung Tunku dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Johan yang berusia 52 tahun mempunyai empat cahaya mata bersama Nora.

 

 

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini