Home Berita Antarabangsa London Di Serang, 2 Mati, 20 Cedera

London Di Serang, 2 Mati, 20 Cedera

0
London Di Serang, 2 Mati, 20 Cedera

LONDON, 22 Mac – Empat orang maut, termasuk seorang anggota polis dan penyerang, dan hampir 20 orang lagi cedera apabila sebuah kenderaan melanggar pejalan kaki di Jambatan Westminster tengahari Rabu.

Setakat ini, menurut laporan media, apa yang diketahui adalah –

  • Suspek yang menyerang menggunakan pisau ditembak mati di luar Houses of Parliament selepas kenderaan yang dipandunya melanggar pagar dan menikam seorang anggota polis.
  • Sebahagian dari yang cedera berada dalam keadaan parah.
  • Parlimen di letakkan dalam keadaan lockdown.
  • Pihak polis percaya hanya seorang penyerang sahaja terlibat.

Pihak polis buat masa ini menganggap kejadian ini sebagai tindakan keganasan sehingga terbukti sebaliknya.

Kemas kini Jam 8.30 pagi 23 Mac –

Lima orang termasuk penyerang mati manakala 40 orang lagi cedera dalam kejadian pada hari Rabu.

Tiga pegawai polis, beberapa remaja warga Perancis dan dua pelancong warga Romania adalah antara yang tercedera.

Pihak polis masih menganggap kejadian sebagai serangan pengganas. Namun tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari