KUALA LUMPUR, 15 Mac – Single “Bujang Duda” dilancarkan hari ini di Kuala Lumpur. Menggabungkan iR Radzi sebagai pencipta lagu manakala CK Faizal sebagai penulis liriknya, ia merupakan duet pertama keduanya.

Lagu genre pop ini sangat mudah didengari dan difahami oleh pendengar. Menurut CK Faizal, lirik lagu ini menyifatkan lumrah naluri lelaki itu sendiri yang suka melihat perempuan lain walaupun sudah berpunya dan berumahtangga.

Percubaan Untuk Menguji Diri iR Radzi

Lagu ini mempunyai keunikkan pop jazz dan diadun bersama genre R&B merupakan percubaan menguji kebolehan diri iR Radzi sebagai seorang komposer.

Bujang Duda kini boleh didengari dan didapati dari pelbagai saluran muzik digital termasuk iTunes, Spotify dan aplikasi Raku.

Peminat juga boleh mengikuti perkembangan mereka dalam Instagram iaitu @irradzi dan @realckfaizal.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini