Jom Tonton
• Isnin – Jumaat, mulai 3 Februari 2017
• 5 petang
• TV2, RTM

Sebuah kisah romantik komedi yang menampilkan watak utama, Koo Seo-Jin lakonan Hyun-Bin yang mempunyai dua personaliti yang berbeza. Salah satu personaliti beliau berpewatakan tenang seperti Hyde dan yang lain adalah manis seperti Jekyll.

Koo Seo-Jin bekerja sebagai pengarah taman tema Wonderland. Sementara itu bergandingan dengannya watak Jang Ha-Na (Han Ji Min) yang bekerja sebagai ketua dan pelakon sarkas di Wonderland yang sama.

Konflik bermula bila Koo Seo-Jin cuba untuk menyingkirkan aktiviti sarkas daripada terus beroperasi di Wonderland tersebut. Namun cubaannya tidak semudah disangka dengan kewujudan Jang Ha-Na disitu.

Jang Ha-Na sedaya upaya untuk menyusun semula dan mempertahankan aktiviti di sarkas untuk diteruskan beroperasi seperti biasa kepada pengunjung. Pelbagai insiden melucukan dan mencemaskan terjadi bila saja kedua mereka bertemu.

Di sebalik konflik dan pertembungan pendapat di antara keduanya, Jang Ha-Na tanpa sengaja telah jatuh cinta dengan Koo Seo-Jin yang mulanya dianggap sangat menjengkelkan. Adakah cintanya berbalas? Apakah kesukaran yang dihadapi mereka?

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini