Home Buzzzz Pemandu Cuai Terima Padah Kereta Dilanggar Keretapi | VIDEO

Pemandu Cuai Terima Padah Kereta Dilanggar Keretapi | VIDEO

0
Pemandu Cuai Terima Padah Kereta Dilanggar Keretapi | VIDEO

PELABUHAN KLANG, 31 Januari: Seorang pemilik kereta yang meninggalkan keretanya di landasan keretapi di sini telah membayar harga yang besar kerana kecuaian apabila ia dilanggar keretapi Isnin lalu.

Lelaki berusia 56 tahun itu bukan sahaja mendapati keretanya rosak, dia juga mungkin dikenakan denda antara RM1,000 dan RM5,000, di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati pemandu meletakkan kereta di trek kereta api di Jalan Pelabuhan Selatan kira-kira pukul 10 pagi sebelum menaiki feri ke Pulau Ketam.

Difahamkan lelaki tersebut dan rakannya pergi ke pulau itu untuk meraikan Tahun Baru Cina di sana. “Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) cuba untuk mencari pemandunya, tetapi tidak berjaya.”

“Kerana gagal untuk menghubungi pemilik, kakitangan KTMB, Polis Bantuan, dengan bantuan orang awam, cuba mengalih kenderaan tersebut sebelum keretapi tersebut dijadualkan untuk lalu pada jam 1 tengah hari,” kata Alzafny.

Difahamkan, orang ramai tidak dapat mengalih kenderaan tersebut kerana terdapat kereta lain diletakkan berhampiran dengan ia . Apabila keretapi tiba pada 1 tengah hari, ia telah menyondol kereta tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pemandu keretapi tersebut.

Alzafny berkata pemandu kenderaan tersebut hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas pulang dari Pulau Ketam pada kira-kira jam 4 petang.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari