Home Gaya Hidup F8Buzz Dakwah Aplikasi E-Infaq Memudahkan Masyarakat Menderma | VIDEO

Aplikasi E-Infaq Memudahkan Masyarakat Menderma | VIDEO

0
Aplikasi E-Infaq Memudahkan Masyarakat Menderma | VIDEO

KUALA LUMPUR, 31 Januari – Aplikasi mobil E-INFAQ yang menghubungkan badan-badan kebajikan dan individu yang memerlukan bantuan dengan masyarakat terutama mereka yang ingin menderma telah dilancarkan.

Aplikasi E-INFAQ ini telah dibina dan dimajukan oleh INFAQ Channel Sdn. Bhd. Sejajar dengan maksud disebalik perkataan INFAQ ( membelanjakan harta ke jalan Allah), ia juga membawa objektif membantu masyarakat diluar sana membuat amal dengan mudah dan cepat.

Mengenengahkan 3 kaedah utama iatu INFAQ , Zakat, dan Wakaf. Untuk perkhidmatan Zakat, ia adalah satu projek koloborasi yang akan datang dalam membantu dan memudahkan proses pungutan dan pemberian zakat dengan badan-badan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Manakala untuk perkhidmatan wakaf, pada masa ini, kitab tafsir Ibnu Kathir digunakan sebagai medium untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Aplikasi ini akan memudahkan dan mempercepatkan pengumpulan dana kepada yang memerlukan, dengan telus dan saksama. Menurut Ketua Pasukan Teknologi Infaq Channel Sdn Bhd, En Mohd Izzairi Yamin, “ Terlalu ramai pihak yang memohon bantuan, menggunakan platform FACEBOOK, mahupun aplikasi Whatsapp, dimana cara tersebut kurang efisyen dan pemproses pencarian dan pemberian dana yang lambat. Disitu lahirnya E-INFAQ.”

Perbezaan utama dan kekuatan aplikasi ini, adalah konsep telus dan saksama. Ia amat dititk beratkan kerana ia melibatkan amanah dari pihak luar. Oleh yang demikian, aplikasi ini mempamerkan transaksi secara langsung (live transaction), untuk setiap pengeluaran mahupun kemasukan wang kedalam aplikasi ini di laman web mereka iatu di www.einfaq.com.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Infaq Sdn Bhd, En Tajuddin Idris, menegaskan, “ E-Infaq amat berhati-hati dalam menempatkan individu ataupun organisasi yang ingin memohon dana menggunakan aplikasi kami. Kami telah menemui satu proses mekanisma dalam memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam memohon bantuan menggunakan aplikasi kami adalah sahih dan tiada unsur-unsur penipuan”

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apps Store hari ini.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari