in , ,

Siapa Kata Gemuk Tak Boleh Menari?

Orang kita selalu memandang rendah kepada mereka yang lain sedikit fizikalnya. Kalau kurus sangat senang kena tiup angin. Kalau gemuk, buruk menari.

Tetapi seorang remaja 15 tahun, Lizzy Howell dari Delaware, Amerika Syarikat membuktikan semuanya mungkin dan video menarinya sedang tular di serata dunia.

Lizzy mula menari sejak pra sekolah lagi. Sejak kecil lagi dia sering diperlekehkan, saiz badannya tidak sesuai untuk menari balet. Namun Lizzy tidak mengalah dan terus menari!

Lizzy sangat gemar dan selalu memaparkan aktiviti beliau di Instagram, tetapi video di bawah ini, Lizzy melakukan fouette yang menarik perhatian ramai.

Semenjak tular, pengikut Lizzy di Instagram naik lebih 40,000 orang, memuji teknik beliau dan menjadikan beliau sumber inspirasi. Semua orang boleh menari, tak kira siapa apatah lagi saiz badan.

Akan tetapi, Lizzy bukan sahaja dikagumi kerana saiz badannya sahaja. Dia juga menghidap pseudo tumor cerebri, penyakit di mana terdapat lebihan cecair disekeliling otaknya.

Hari ini, Lizzy merupakan jurucakap untuk ‘Dancing for You,’ satu kempen kesedaran untuk kanak-kanak dengan keperluan khas.

Beliau berkongsi kisahnya di Instagram:

I have been dancing for 10 years now and I can tell you, the dance world is a rough place! Being an over weight dancer has come with it’s struggles. I have been told numerous times by teachers that I will get no where in the dance world if I do not lose this weight.

Over the years, I have learned not to care what people think! If people want to tear you down, let them and show them that you can do it!

This campaign means a lot to me as I have pseudo tumor cerebri, which is an excess of fluid around my brain. I have been in the hospital many times for this and I can tell you, it was rough missing dance. Not only do I suffer from pseudo tumor, but I have severe anxiety, which has caused me to go into depression. Dance has been a way to release this anxiety and make me happy.

I will be going into my 8th production of the Nutcracker, my 11th dance recital this year and, my 4th NYCDA convention.

I haven’t given up and neither should you!

Saya telah menari untuk 10 tahun dan saya boleh memberitahu anda, dunia tarian adalah satu dunia yang tak kenal erti belas kasihan! Menjadi seorang penari yang berat, banyak dugaan yang harus dihadapi. Saya telah diberitahu oleh ramai guru tari, saya tidak akan ke mana jika saya tidak kuruskan badan saya.

Selama ini, saya telah belajar untuk tidak peduli apa orang fikir! Jika orang mahu menjatuhkan anda, biarkan mereka dan buktikan kepada mereka yang kita boleh lakukan!

Kempen ini amat bermakna untuk saya kerana saya menghidap pseudo tumor cerebri, lebihan cecair di dalam otak. Saya telah dimasukkan ke hospital banyak kali, dan saya boleh katakan terlepas kelas menari amat mengecewakan. Bukan sahaja saya mengalami pseudo tumor, saya juga mempunyai masalah kebimbangan yang teruk, yang telah menyebabkan saya murung. Menari adalah cara saya melupakan kebimbangan dan membuat saya gembira.

Saya akan menari di persembahan Nutcracker saya yang ke 8, resital tarian saya yang ke 11 tahun ini dan konvesyen NYCDA saya yang ke 4.

Saya belum menyerah dan anda juga tidak patut!

Apa yang anda berjaya lakukan hari ini?

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anda Pasti Tak Percaya Dengan Apa Yang Anda Lihat! II | FOTO

Kambing Panggang Herba | RESEPI