in

Ubat Hipertensi Ternolol 50 Ditarik Balik

Ternolol 50

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengarahkan Hovid Berhad menarik balik kelompok BG04645 produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu dibuat berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan ‘Ternolol 50,’ manakala label pada blister dicetak dengan ‘Ternolol Tab 100mg.’

Label salah pada kotak Ternolol 50 dan paket/blister yang tercatat Ternolol Tab 100.

“NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca ia berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata produk yang didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ itu mengandungi bahan aktif atenolol yang digunakan untuk rawatan hipertensi.

Dr Noor Hisham menasihatkan pesakit hipertensi untuk menyemak sama ada mereka menerima ubat dalam kelompok yang dinyatakan, dan tidak mengambil ubat tersebut.

Jelasnya, pesakit perlu segera memulangkan ubat itu ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan yang membekalkan selain berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan jika perlu.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Keputusan Siasatan Insiden Bunga Api Meletup Dua Minggu Lagi

Tikus Di 7-Eleven, KKM Buat Pemeriksaan