KLANG, 1 Januari – Menurut BH Online, lima orang cedera terkena letupan bunga api pada sambutan tahun baru 2017 tengah malam tadi.

ORANG ramai membantu mangsa yang tercedera selepas terkena letupan bunga api pada sambutan malam tahun baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran. – Foto Faiz Anuar/ BHOnline

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, keadaan menjadi kelam kabut selepas bunga api yang diguna untuk pertunjukan bagi menyambut tahun baru meletup sebelum sempat ke udara sehingga terkena penonton yang menyaksikannya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya dimaklumkan anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

“Kami menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Pada masa ini, seramai lima mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang dan sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian,” katanya.

TERKINI 6 petang: 14 orang termasuk 4 kanak-kanak disahkan cedera.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari