in

Pemandu Bas Ekspres Kemalangan Di Pagoh Tiada Rekod Kesalahan – JPJ

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam, tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata berdasarkan semakan JPJ, pemandu bas berkenaan, Zakeer Zubir, 32, yang turut maut dalam kejadian itu, didapati tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.

“Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif,” katanya kepada pemberita selepas Op Jalan Fasa Satu JPJ, di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, bas berkenaan terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera.

Bagaimanapun, Nadzri berkata hasil semakan rekod JPJ, syarikat pengendali bas berkenaan iaitu Goldstar Express (M) Sdn Bhd didapati memiliki lapan saman tertunggak antara 2014 dan Nov 2015.

“Lapan saman tertunggak syarikat bas itu adalah hanya daripada JPJ sahaja…kami masih menunggu rekod saman daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya ada,” katanya.

Beliau berkata JPJ akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan PDRM untuk menyiasat punca kemalangan tragis itu.

“Ya, JPJ bersama PDRM dan Miros akan melakukan siasatan terperinci mengenai kemalangan bas terbabit manakala perkembangan laporan siasatan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, sebuah bas terjatuh ke cerun di Pagoh, Johor. Baca beritanya disini.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

13 Maut, 17 Cedera Bas Ekspres Masuk Gaung Di Km137 PLUS

Alien Eau Sublime Dari Thierry Mugler Bakal Mendarat