Ketiga-tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas FIFA sudah di umumkan. Para peminat telah memilih tiga jaringan yang menakjubkan dari sepuluh yang telah disenarai pendek. Pengundian pusingan akhir kini dibuka di FIFA.com.

screen-shot-2016-12-02-at-8-22-45-pm

Brazil diwakili dengan jaringan akrobatik Marlone, manakala Daniuska Rodriguez, pemain Vanezuela mengulangi pencapaian Stephanie Roche pada tahun 2014 dalam mewakili pemain wanita dalam senarai pendek akhir.

Mohd Faiz Subri juga melakar sejarah, menjadi pemain pertama Malaysia dicalonkan untuk Puskas dengan ‘knuckleball’ yang luar biasa dari satu sepakan percuma.

Peminat dari seluruh dunia kini mempunyai peluang untuk mengundi, dengan jumlah undi terkini akan ditambah pada undian awal untuk menentukan juara keseluruhan.

Pemenang yang diputuskan oleh yang jumlah undi, akan menerima anugerah itu dalam satu majlis di Zurich pada 9 Januari tahun hadapan.

Pastikan anda mengundi untuk jaringan dan pemain kegemaran anda di sini!

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini