Setelah 30 buah lagu dipertandingkan pada 2 malam separuh akhir, juri-juri akhirnya telah memilih 12 sebagai finalis Anugerah Juara Lagu tahun ini.

Berikut adalah senarai lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu:

  1. Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (Natasyah/Iman Imran)
  2. Terakhir – Sufian Suhaimi (Shirkhan/Rinkarnaen)
  3. Sudah Ku Tahu – Projector Band (Razif)
  4. Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar (Shila Amzah)
  5. Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (Ajai)
  6. Ku Rela Dibenci – Aiman Tino (A.C.K/Riena)
  7. Di Amaran Mama – Hazama/The Penglipur Lara (Ajai/Ad Samad)
  8. Obses – Akim & The Majistret (Hang Nadim & Laq)
  9. Setia – Elizabeth Tan feat Faizal Tahir (Faizal Tahir/Mike Chan, Ezra Kong)
  10. Hang Pi Mana – Khalifah (Harry Khalifah/Yabang Khalifah)
  11. Kalah Dalam Menang – Syamsul Yusof feat Mawi (Syamsul Yusof)
  12. Anugerah Terindah – Black (Omar K)

Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dihoskan oleh Fizie Hot FM dan Fara Fauzana. 30 lagu-lagu yang dipertandingkan telah diundi oleh para penonton dan peminat. Persembahan peserta separuh akhir pula diadili oleh juri profesional – AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Typewriter dan diketuai oleh Dato’ Ramli MS.

Tahniah pada semua yang berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here