KUALA LUMPUR, 30 Sept- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter, manakala diesel pula naik lima sen seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Oktober ialah RM1.80 seliter manakala RON97 (RM2.15 seliter).

“Sementara harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.75 seliter,” katanya kepada Bernama, malam ini.

Harga runcit petrol sepanjang September bagi RON95 ialah RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) dan diesel (RM1.70)

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini