Setelah Persona diperkenalkan ke pasaran, ramai yang menantikan Saga baru. Di khabarkan sebagai sebuah kereta mampu milik berkualiti yang mampu menyaingi model jenama lain yang setaraf dengannya, nyata secara pandang pertama, Proton Saga 2016 tidak mengecewakan.

Pelancaran perdana model ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali dan timbalannya Datuk Radzaif Mohamed di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Empat versi ditawarkan untuk model baharu bermula dengan cersi asas 1.3L Standard manual dan 1.3L Standard CVT, versi pertengahan 1.3L Executive CVT serta versi tertinggi 1.3L Premium CVT. Proton Saga hanya datang dengan enjin 1.3 liter .

d3391642ee7443eb89f127c0a6ffafbb-1

Proton Saga 1.3L Standard MT/CVT 2016

Spesifikasi untuk Saga Standard

  • Enjin 1.3 liter VVT
  • 94 hp, 120 Nm
  • Ecodrive Assist
  • Lampu utama halogen reflektor
  • Lampu kabus belakang
  • Penderia parkir hadapan dan belakang
  • Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
  • Cermin sisi larasan manual
  • Tiang-B warna badan
  • Kemasan dalam hitam
  • Unit audio 1-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • 2 port mengecas USB
  • Tempat duduk fabrik serba hitam
  • Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
  • Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Trim pintu plastik
  • Cagak ISOFIX
  • Dua beg udara
  • Brek cakera hadapan dan brek dram belakang

Harga

  • 1.3L Standard 5MT – RM36,800
  • 1.3L Standard CVT – RM39,800

2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT

Spesifikasi tambahan untuk Saga Executive

  • Brek ABS dengan EBD
  • Lampu kabus hadapan
  • Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
  • Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
  • Cermin sisi berkuasa elektrik
  • Tiang-B warna hitam
  • Spoiler pada but belakang
  • Kemasan kelabu berkilat pada liang pendingin hawa dan stereng
  • Tempat duduk fabrik bercorak mesh

Harga

  • 1.3L Executive CVT – RM42,800

2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT

Spesifikasi tambahan untuk Saga Premium

  • Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Hill-hold Assist
  • Unit audio 2-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
  • Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
  • Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
  • Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
  • Butang kawalan audio pada stereng

Harga

  • 1.3L Premium CVT – RM45,800

 

Lawat www.facebook.com/f8buzz/ untuk lebih banyak foto terbaru Proton Saga 2016.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari