Siapa Anita Yusof?
Anita berasal dari Ipoh, Perak. Merupakan seorang pensyarah dan sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Sains Sukan.
Memang seorang peminat aktiviti lasak dan luar. Muzik kegemarannya adalah rock dan heavy metal 80an & 90an.
Mulanya 16 September 2015, Dari Seattle, Amerika Syarikat.
Anita mula dari Amerika Syarikat, genap setahun yang lalu. Perjalanannya secara solo membawa beliau merentas 4 benua, 40 negara dengan jarak 65,000 kilometer.
Disepanjang kembaranya, Anita yang menunggang Yamaha FZ150 serta menggunakan kelengkapan Givi berehat samada di rumah tumpangan, sahabat mahupun khemah di mana-mana lokasi bersesuaian. Beliau juga banyak singgah di kedutaan Malaysia yang terdapat di kawasan yang di tempuhi.
Beliau memulakan kembara ‘Global Dream Ride’ itu pada 13 Sept 2015 akan menerbitkan buku yang akan menceritakan suka dukanya sepanjang misi itu.
Beliau berkata beliau pernah menunggang motosikal sehingga 800km dalam masa sehari namun ia bergantung kepada faktor cuaca, keadaan jalan raya serta beberapa faktor lain.
Anita juga bersyukur kerana dapat mengubah persepsi ramai pihak yang menyangka Islam mendiskriminasikan kaum wanita.
Apa-apa pun, Anita Yusof sudah pasti menjadi salah seorang idola kebanggaan rakyat Malaysia.
Lihat antara foto-foto sepanjang kembara solonya itu –
ketika di Death Valley, Amerika Syarikat.
di Mexico
di Costa Rica
di Ecuador
Peru
di London
Sepanyol
Portugal
Sepanyol
GIPHY App Key not set. Please check settings