Belasungkawa – Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Agar beliau ditempatkan dengan orang-orang yg beriman dan ditempatkan bersama para-para syuhada.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Mursyidul Am PAS tersebut sebelum dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

“Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Biodata ringkas

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan.

Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam.

Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.

Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din telah merantau mencari ilmu dari Phatani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu. Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ.

Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.

Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah Md Salleh dan 5 orang anak.

The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ikuti F8Buzz

13,522PeminatSuka
10,051PengikutIkuti
67PengikutIkuti
18,900PelangganLanggan

Terkini

Keputusan Tidak Rasmi – Suasana Berbeza Di Kem GRS, Warisan.

KOTA KINABALU, 26 Sept - Dua suasana berbeza menyelubungi kem Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan Plus sebaik sahaja keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri...

Kampung People 2 – Keluarga Razif Kembali!

Petaling Jaya, 15 Sept 2020 - Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena hujung 2019.
00:03:56

#KitaJagaKita Misi Baru Ejen Ali Hargai Frontliners

KUALA LUMPUR, 15 SEPT 2020 - Bersempena Hari Malaysia, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem...

Cemar Air Selangor, Mahkamah Kekal Lanjutan Reman Empat Suspek

SHAH ALAM, 11 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram