Sekumpulan penduduk Sweden telah mengheret premis tertua Ikea ke mahkamah kerana tidak tahan lagi menghidu bau busuk.

Akhbar harian tempatan Smalanningen melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran kedai pertama Ikea, yang dibuka pada 1958 di Almhult, selatan Sweden, mendakwa bau itu “teramat busuk.”

Teramat Busuk

Bau kumbahan dilaporkan mula dihidu pada 2012 apabila Ikea berpindah ke lokasi baharu.

Majlis Perbandaran Almhult telah mencuba beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menutup perigi air kumbahan, namun tidak berjaya.

Ikea turut mengemas kini kerja-kerja kumbahan selepas dihubungi majlis berkenaan.

Bagaimanapun, bau yang tidak menyenangkan itu masih berterusan, begitu juga dengan aduan berkaitan perkara tersebut.

Penduduk Heret IKEA Ke Mahkamah Kerana Bau Busuk

Penduduk tempatan mengambil keputusan untuk mengheret Ikea ke Mahkamah Tanah Negara dan Alam Sekitar, yang akan menentukan cara penyelesaian masalah itu.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang telah terjejas dalam isu ini,” kata jurucakap Ikea yang menambah bahawa pihaknya kini menyiasat punca bau busuk itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here