in ,

Maswings Larang Guna Samsung Galaxy Note 7

MIRI, 11 Sept – Maswings Sdn Bhd, milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan atas sebab keselamatan.

Maswings Larang Guna Samsung Galaxy Note 7

Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.

Pesawat Maswings
Pesawat Maswings

“Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah dibuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.

Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.

Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Inilah Cara Gincu Anda Di Lahirkan

Abdul Latif Sumbang Pingat Emas Ketiga Malaysia, Pecah Rekod Dunia