Bagi mereka yang gila makeup, gincu adalah antara yang wajib ada dalam bag mereka.
Tapi tahukah anda bagaimana gincu dibuat?
Mula-mula, ramuan berasaskan tumbuhan dan pigmen disatukan untuk membuat satu formula.
Kesemua ramuan disatukan ke dalam periuk besar untuk membuat gincu lenyek.
Kemudian, campuran tadi diuli menggunakan penguli mekanikal yang akan mencampur formula dengan sempurna.
Emmm, lemak berkrim, macam cokelat.
Selepas siap formulanya, pelbagai tona warna dicairkan di dalam ketuhar mikro…
Slurpppp…
Kemudiannya ia dicampur untuk menghasilkan pelbagai warna.
Ajaib, sungguh ajaib.
Warna-warna tadi dituang ke dalam acuan besi.
Dan kemudiannya di masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit.
Setelah di bawa keluar dari peti sejuk, lebihannya akan dibuang.
Bersedia untuk kemunculan sulung.
Dan acuannya dibuka.
Hampir, hampir, sikit saja lagi!
DAN LAHIRLAH SEBATANG GINCU.
Milik siapakah si comel ini?!
GIPHY App Key not set. Please check settings