in ,

Garuda Baham Harimau

Irfan Bachdim, Boaz Salossa, dan Andik Vermansyah merayakan gol Indonesia.

SOLO, 6 Sept – Dua gol pantas Indonesia di awal permainan sudah cukup meleburkan cabaran Malaysia sebelum tuan rumah melengkapkan gol ketiga pada pertengahan babak pertama untuk menang 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Manahan di sini, malam ini.

Biarpun tuan rumah sudah setahun tidak beraksi dalam perlawanan antarabangsa akibat penggantungan, skuad Garuda jelas bagai pasukan yang lapar sehingga mudah membaham pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Laluan pasukan negara mula nampak sukar seawal minit keenam apabila ketua pasukan Boas Salossa membuka jaringan apabila pertahanan Malaysia gagal mengawal pergerakannya dari garisan tengah.

Belumpun reda sorakan penonton, kelalaian pertahanan skuad Harimau Malaysia sekali lagi dihukum empat minit kemudian, kali ini menerusi jaringan penyerang Irfan Haarys Bachdim.

Segala kebangkitan yang diharapkan skuad negara menjadi semakin pudar apabila pergerakan pantas pasukan Indonesia memaksa pemain negara berkampung di kawasan sendiri.

Akhirnya Boas sekali lagi menjadi pemusnah apabila bertindak pantas membawa bola secara solo dalam kotak penalti dan menghasilkan gol ketiga untuk Indonesia pada minit ke-21.

Babak kedua menyaksikan perubahan pada pasukan Malaysia dengan mula menguasai permainan dan melancarkan serangan demi serangan, namun kekentalan pertahanan Indonesia berjaya menyekat serangan pelawat.

Indonesia yang tampil lebih defensif berjaya mengekalkan kedudukan 3-0 sehingga tamat permainan.

Kesebelasan pemain Indonesia vs Malaysia:

Malaysia: Khairul Fahmi, Matthew Davies, Mohammad Fadli, Ronny Harun, Nasrul Haq, Brendan Gan Seng Ling, Mohammad Irfan Fazail, Badrul Bachtiar, Wan Zack Haikal, M. Safawi, Amri Yahya

Indonesia: Andritany, Abdul Rahman, Beny Wahyudi, Fachrudin, Yanto Basna, Andik Vermansyah, Bayu Pradana, Evan Dimas, Zulham Zamrun, Boaz Salossa, Irfan Bachdim

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tindakan Keras Diambil Kementerian Kesihatan Ke Atas Jualan Ubat Diragui Secara Dalam Talian

Festival Filem Jepun 2016, 8 Sept – 2 Okt | F8Buzz