KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira telah melancarkan minyak wangi edisi terhad beliau, Forget Me Not dan Loveable di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wangian yang dihasilkan oleh Hot Perfume & Air Fresheners Industries Sdn Bhd, diimport khas dari United Kingdom yang berasaskan bunga-bungaan mewah.

“Wangian Forget Me Not dan Loveable mempunyai kualiti terbaik memandangkan kita menggunakan sehingga 25 ke 30 peratus pati minyak wangi dalam produk ini,” kata Pengarah Urusan syarikat, Datuk Ahmad Shazali Zahidi pada sidang media.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjadi selebriti pertama yang diwakili oleh Hot Perfumes dalam melahirkan minyak wangi tersebut.

Mempunyai campuran amber, benzoin dan white musk untuk Forget Me Not dan amber woods dan kasturi untuk Loveable, Erra Fazira terlibat secara profesional dalam penghasilan minyak wangi ini termasuk dalam penjenamaan produk.

“Minyak wangi sangat sinonim dengan hidup saya, dan satu kemestian bagi saya. Justeru saya berharap produk ini akan berjaya dan mendpat sambutan,” ujar pelakon Sembilu ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid. Turut memeriahkan majlis ialah persembahan silap mata dari ahli silap mata yang dibawa khas dari Iran, Mahdi Moudini.

Mendapat pengiktirafan sijil dari IFRA dan pengesahan Halal Jakim, Forget Me Not boleh dimiliki dengan harga RM88 (50ml) dan Loveable dengan harga RM49.90 (30ml).

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini